HIDROLOGI DAN SUMBER AIR: ISU-ISU PENCEMARAN AIR DI MALAYSIA

Pencemaran air merupakan suatu fenomena yang sudah sebati dengan penduduk di bumi terutama sekali di Malaysia. Pencemaran boleh dikategorikan kepada dua bahagian aiitu pencemaran punca bertitik dan punca pencemaran tidak bertitik ( Moran et. Al, 1996). Seperti yang kita sedia maklum, kita memperolehi sumber air kebanyakkannya daripada sungai-sungai. Sungai merupakan elemen yang sangat penting dalam sejarah tamadun manusia. ( Mohd Zuhaimi, 2007). Sungai-sungai yang mengalirkan air ini adalah salah satu sumber air yang penting dan disalurkan ke setiap rumah, bangunan, kawasan-kawasan tertentu dan banyak lagi. Pencemaran air yang berlaku telah menyebabkan sesetengah kawasan mengalami masalah bekalan air. Penyumbang kepada berlakunya masalah air ini adalah manusia itu sendiri. (Abdullah, 2004)

Air boleh dikatakan telah tercemar apabila berlakunya penurunan ke atas kualiti air yang sedia ada dan berlaku perubahan dari sgi fizikal air iaitu warna pada air, dari segi biologi iaitu hidupan akuatik di dalam air/ sungai dan dari segi kimia iaitu kandungan nutrient atau plankton di dalamnya.  Menurut jabatan alam sekitar, sumber ini di katakana mengalami pencemaran apabila berlakunya sebarang perubahab secara langsung atau sebaliknya dalam kandungan air yang disebabkan oleh kegiatan manusia dan sumber ini tidak sesuai untuk kegunaan harian manusia. (Surtahman Dan Ghafar, 1997 ).

Menurut UNESCO pula mendefinisikan pencemaran air sebagai satu pelemahan ke atas fungsi air yang meninggalkan kesan negatif terhadap penggunaannya. ( Kementerian Kewangan Malaysia 1977, Dalam Laporan Penyelidikan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain Dan Hamidi Ismail, 2001). Pencemaran sumber air ini adalah disebabkan oleh kepelbagaian aktiviti manusia termausklah pelepasan dari industri-industri yang berasaskan pelbagai jenis pencemar termasuklah bahan organik, bahan kimia dan juga pencemar fizikal. (Shamsudin, 2005).

Isu yang sering dibahaskan dan diberikan perhatian yang berkaitan dengan sumber air ini adalah keadaan sungai yang ada di Malaysia kini. Sebagai contohnya disini, di Selangor sahaja, ada 26 batang sungai utama yang menjadi sumber air kepada penduduk di sekitar Lembah Klang dan didapati hanya lapan batang sungai sahaja yang dikategorikan sebagai bersih manakala tujuh lagi sungai yang lain diketegorikan sebagai sungai yang mati dan selebihnya pula sederhana tercemar. (Haliza, 2007)

Pada tahun 2007 pula, kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik mendapati bahawa sebanyak 16 batang sungai di dalam Malaysia ini dikategorikan sebagai tercemar dan ‘hampir mati’. Antara sungai yang didapati mengalami keadaan tersebut ialah sungai yang berada di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan juga Johor. (Utusan Malaysia, 4 Februari 2007).

Pada 8 Disember 2010, terdapat beberapa keratan akhbar tempatan yang telah melaporkan tetang keadaan air di Tasik Kenyir yang telah tercemar akibat bakteria E-coli. Ia dikatakan sebagai auatu tahap yang membimbangkan. Ini adalah kerana terpadatnya pembuangan sisa kumbahan dan air buangan oleh pengusaha bot di kawasan tasik itu. Sampel air di sekitar kawasan tasik itu telah di ambil dan di dapati tahap pencemaran E-coli adalah diantara 2 hingga 920 MPN/100ml.  Tahap kebersihan air ini membuktikan bahawa ianya jauh di bawah tahap maksimum kesesuaian sumber air mentah berdasarkan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5,000MPN/100ml. Kajian ini mendapati bahawa keadaan air di Tasik Kenyir ini masih berada pada tahap air mentah lagi. (Hj. Mohd. Ismail, 2010).

Di Sabah pula, menurut Laporan Tahunan Jabatan Alam Sekitar 2004 menunjukkan bahawa Sungai Likas adalah antara sungai yang sangat tercemar di Sabah. Terdapat juga dua sungai yang turut mengalami masalah pencemaran yang agak teruk iaitu Sungai Menggaris di Kota Kinabalu dan Sungai Pang Burong 1 dan 2 di Tawau.(Jabatan Penerangan Malaysia, 2006).

Pengurusan tapak pelupusan juga merupakan satu perkara yang penting yang perlu dititikberatkan di Malaysia.  Kawasan tapak pelupusan ini tidak diuruskan dengan efisien yang telah menyebabkan dan mendatangkan masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada sungai-sungai atau bekalan air. Kelemahan dalam sistem kutipan sisa buangan dan pengurusan di tapak pelupusan yang tidak sempurna telah meningkatkan tahap pencemaran air sungai yang berdekatan. (Tan Et. Al, 2002). Masalah dalam pengurusan tapak pelupusan yang tidak begitu cekap ini boleh mendatangkan masalah serius kerana disebabkan kehadiran air lelehan dari tapak pelupusan yang mengalir ke sungai berhampiran khususnya melalui aliran air bawah tanah dan ini secara langsung menyebabkan sungai tercemar.( Mohd. Nizzam, 2004).
Keadaan seperti ini secara tidak langsung telah menyebabkan hidupan akuatik di dalam sungai terdedah dengan aliran air yang tercmar selain daripada membawa pelbagai jenis penyakit berbahaya kepada penduduk yang menggunakan sumber air daripada sungai berkenaan. (Zaini,2010)

Sekarang ini, perkara yang paling membimbangkan adalah didapati kebanyakkan sungai yang terdapat di Selangor telah tercemar. Menurut Ketua Unit Permodelan Alam Sekitar, Pusat Penyelidikan Forensik Alam Sekitar (ENFORCE) Universiti Putra Malaysia, Dr Hafizan Juahir menyatakan bahwa bahagian air bersih sungai semakin pendek akibat daripada aktiviti guna tanah yang tinggi terutamanya di kawasan perumahan. ( Berita Harian, 2012)

        Selain daripada itu, pencemaran air juga sering dikaitkan dengan isu perundangan. Hal ini kerana, masih belum terdapat undang-undang yang mempu mengawal pencemaran air yang berlaku secara lebih jitu. Perundangan alam sekitar hanya dilihat sebgai alat undang-undang yang digunakan untuk mengawal alam sekitar daripada dicemari dan mengalami kemerosotan ataupun disebabkan oleh pencemaran smeula jadi. ( Jamaluddin, 2001). Walaupun di Malaysia terdapat undang-undang khas yang berkaitan dengan pencemaran air, tetapi ia masih belum menepati kehendak alam sekitar kita. Malahan, keadaan persekitaran ekologi dan habitat manusia secara keseluruhannya masih mengalami kemerosotan lebih-lebih lagi yang berkait rapat dengan sumber air seperti sungai. (Muhammad Rizal Razman,2010).  Terdapat pegawai penguatkuasa yang tidak mengetahui wujudnya peruntukan perundangan yang berkaitan dengan kawasaln pencemaran air ini. (Carolyn 2003).