TAHAP PENCEMARAN SUNGAI DI JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU, 10 Mei 2012 :  Tahap pencemaran dua daripada empat batang sungai yang yang sudah sedia tercemar di negeri ini semakin kritikal sepanjang tempoh empat tahun lepas.

Dan daripada dua sungai itu, pencemaran Sungai Tukang Batu di Pasir Gudang adalah yang paling teruk.

Dalam tempoh berkenaan, Indeks Kualiti Air (IKA) sungai itu merosot daripada 28 pada 2002 kepada 17, tahun lepas.

Turut membimbangkan, Sungai Tebrau yang sebelum ini dikategorikan sebagai sederhana tercemar,  kini menjadi antara lima sungai paling cemar di negeri ini.

Ini berikutan IKA sungai itu yang merosot daripada 72 pada 2002 kepada 58, tahun lepas.

Sungai yang bacaan IKAnya 81 ke atas dikategorikan sebagai bersih manakala yang IKAnya di antara 60 dan 80 dianggap sederhana tercemar. Sungai yang mencatatkan bacaan IKA 59 dan ke bawah pula diklasifikasikan sebagai paling cemar.

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS), punca utama kemerosotan kualiti air Sungai Tebrau ialah pelepasan sisa loji-loji kumbahan Indah Water Konsortium.

Jurucakap JAS berkata kemerosotan IKA Sungai Tukang Batu pula berpunca daripada pembuangan sisa loji kumbuhan kilang di sekitar kawasan sungai itu.

Menurutnya sebatang lagi sungai yang IKAnya turut merosot dalam tempoh itu ialah Sungai Perembi, juga di Pasir Gudang.

“Bacaan IKA sungai ini turun kepada 47 daripada 49,” katanya dan menambah pembuangan sesuka hati kumbuhan kilang juga menjadi punca utama kemerosotan kualiti air.

Dua batang sungai lagi – Sungai Segget dan Sungai Buloh yang juga dalam kategori paling cemar, bagaimanapun menunjukkan sedikit perubahan.

Bacaan IKA Sungai Buloh di Pasir Gudang menganjak daripada 26 pada 2002 kepada 28, tahu lepas.
Sungai Segget pula mencatatkan perubahan yang menarik apabila bacaan IKAnya meningkat kepada 50 tahun lepas daripada 46 pada 2002.

LOJI RAWATAN AIR SUNGAI SEMENYIH DICEMARI AMMONIA

Operasi Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa dihentikan sementara hari ini, susulan paras ammonia yang dikesan terlalu tinggi pada 7.0 PPM (Part Per Million) berbanding paras normal 1.5 PPM.

Pengarah Eksekutif Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) Abdul Halem Mat Som berkata pencemaran dikesan pada jam 5.10 pagi ini dan pengendali loji menutup operasi hampir tiga jam sehingga paras ammonia turun.

“Pengendali loji mengesyaki pencemaran air mentah di Sungai Semenyih itu berpunca daripada pembuangan sisa industri di kawasan berdekatan.

“Pihak pengendali loji telah memaklumkan kepada pihak berkuasa termasuk Lembaga Urus Air Selangor dan Jabatan Alam Sekitar untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata walaupun operasi loji telah disambung semula, beberapa kawasan di Hulu Langat, khususnya Seksyen 1 dan 2 Bandar Baru Bangi serta Bandar Bukit Mahkota; dan Taman Dusun Jaya di Semenyih; serta Sungai Merab mengalami gangguan bekalan air.

Gangguan itu disebabkan ketidakstabilan pada paras kolam imbangan dan keadaan dijangka pulih sepenuhnya esok, katanya.

“Kejadian pencemaran air mentah ini amat membimbangkan Syabas kerana ia berpotensi mengakibatkan gangguan bekalan air bersih kepada lebih 280,000 pemilik akaun atau 1.3 juta pengguna di sekitar Sepang, Kuala Langat, Petaling dan Hulu Langat,” katanya.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Abdul Halem berkata beberapa kawasan di bandar raya ini akan mengalami gangguan bekalan air pada 6 Mac ini disebabkan kerja pengalihan paip Syabas.
Gangguan dari 9 malam sehingga 5 pagi itu membabitkan keseluruhan kawasan Bukit Bintang dan Jalan Imbi.

Untuk maklumat lanjut atau aduan, pengguna boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-5252, atau menerusi khidmat pesanan ringkas dengan menaip PUSPEL<jarak><aduan/pertanyaan> dan hantar ke 39222, atau layari laman web Syabas di http://www.syabas.com.my; http://www.twitter.com/puspel dan Facebook.

– Bernama, 2012

SUNGAI YANG TERCEMAR TERUK

Antara sungai yang tercemar teruk termasuklah
1. Di Pulau Pinang seperti Sungai Juru,Sg Jelutong,Sg Pinang,Sg Jejawi,Sg Junjung dan Kluang
2. Di Selangor seperti Sungai Sepang,Sg Buloh,Sg Klang,Sg Langat
3. Di Johor seperti Sungai Tukang Batu,Sg Seget,Sg Skudai,Sg Kempas,Sg Danga
4. Di Sabah seperti sungai Menggaris


GAMBAR : SUNGAI YANG TERCEMAR DI MALAYSIA


 Sungai Juru Pulau Pinang ini merupakan antara sungai yang mengalami pencemaran yang teruk.Gambar memperlihatkan begitu banyak sampah dibuang ke sungai tersebut!



Sungai Hulu Langat (atas) tercemar dengan bahan ammonia dari kilang dan Sungai Klang (bawah) dilaporkan sebanyak 1 juta tan sampah setahun dikutip disepanjang sungai dan hanya terdapat satu spesis ikan sahaja yang boleh hidup di sungai tersebut,namun tidak boleh dimakan kerana mengandungi sisa racun yang tinggi!

PERANAN ORANG RAMAI MENANGANI PENCEMARAN SUNGAI

Antara peranan orang ramai ialah:
1. Janganlah buang sampah sesuka hati ke dalam sungai,gunakan tong sampah,atau simpan cebisan kertas atau palstik atau kotak rokok sehingga berjumpa dengan tong sampah.Berubahlah sikit.. takkan sampah yang kecil pun tak mampu nak uruskan.
2. Jimatkan penggunaan air.
3. Kurangkan hakisan tanah semasa kerja tanah dijalankan
4. Gunakan baja kimia dengan kaedah yang betul
5. Elakkan tumpahan minyak semasa mengisi tangki minyak bot
6. Amalkan konsep kitar semula
7. Gunakan sabun membasuh pakaian yang mesra alam.
8. Elakkan penggunaan racun serangga yang berlebihan ke atas tumbuhan pertanian seperti di sawah padi
9. Jangan bina tandas gantung di tepi sungai
10. Gunakan baja organik yang mesra tanah
11. Jelaskan bil air pembentungan
12. laporkan kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Alam sekitar jika terdapatnya pencemaran di tempat anda.

PUNCA PENCEMARAN SUNGAI

Antara punca-punca pencemaran sungai termasuklah:
1) Sisa buangan dari aktiviti industri seperti sisa toksid
2) Sisa buangan bahan kumbahan domestik contohnya dari loji kumbahan,atau air limbahan dari kawasan pembandaran dan loji rawatan air,kumbahan dari hotel-hotel serta bengkel kereta yang tidak bertanggungjawab atau tumpahan minyak dari enjin bot.
3) Pembuangan sampah sarap dari loji sampah atau tapak pelupusan sampah
4) Pencemaran dari aktiviti pertanian seperti penggunaan racun serangga berlebihan sehingga mengganggu kualiti air seperti di sawah padi atau pun perladangan. Pembukaan kawasan perladangan yang baru turut membawa air kelodak dan lumpur ke sungai berdekatan.
5) Aktiviti pembukaan tanah atau projek pembinaan perumahan atau bangunan
6) Aktiviti penternakan haiwan seperti sisa kumbahan dari ladang khinzir

7) Aktiviti pembalakan,menjejaskan sumber kawasan tadahan dan menyebabkan timbunan lumpur dan kelodak yang akhirnya menyebabkan nilai keindahan sungai terjejas serta sungai menjadi cetek.
8) Sampah sarap serta pembuangan sisa kumbahan domestik dari setinggan
9) Aktiviti perlombongan seperti perlombongan bijih timah atau apa-apa sahaja aktiviti perlombongan yang berhampiran sungai.

KEGUNAAN SUNGAI

Antara kegunaan sungai termasuklah
1. Menjana kuasa tenaga hidroelektrik
2. Sumber bekalan air yang bersih untuk kegunaan domestik(orang ramai)
3. Perindustrian
4. Pertanian(sumber pengairan termasuklah sawah padi seperti Sungai Muda untuk pengairan Jelapang Padi Malaysia di Kedah serta sumber air untuk penternakan termasuklah akuakultur ikan air tawar.
5. Perikanan(contohnya di muara sungai serta di kawasan paya bakau,tempat pembiakan ikan serta hidupan sungai dan akuatik yang lain.
6. Rekreasi ( melibatkan nilai estetika sungai termasuklah air terjun dan perparitan)
Turut berkait rapat dengan nilai-nilai pelancongan,cuba bayangkan jika sungai Kelang yang tercemar itu bersih dan airnya jernih pasti adanya bot penyewa untuk melihat keindahan sepanjang sungai.
7. Pengangkutan,contohnya sungai di Sabah dan Sarawak seperti Sungai Kinabatangan, Sungai Padas dan sebaginya sama ada untuk pengangkutan kayu balak atau penumpang domestik

PENCEMARAN AIR DI MALAYSIA

Sungai merupakan anugerah yang tidak ternilai kepada seluruh umat manusia.Namun sejak kebelakangan ini sungai di negara-negar di Asia begitu tercemar sekali.Sepatutnya sumber air ini dihargai sepenuhnya.Jika ditakdirkan kita mengalami krisis air kesannya amatlah buruk kepada seluruh hidupan terutamanya manusia.

Jadi hargailah air,mulakan tabiat yang baik dan betul JANGAN BUANG SAMPAH KE DALAM SUNGAI! sesuka hati sahaja.Walaupun hanyalah cebisan kertas,pembalut gula-gula atau pun puntung rokok kesannya untuk jangka panjang akan memusnahkan ciri-ciri keindahan sungai dan akhirnya membawa kepada pencemaran yang dahsyat.

Pencemaran sungai ialah:

Perubahan sifat-sifat fizikal,kimia atau biologi air sehingga menjejaskannya apa-apa kegunaan yang berfeadah serta mengancam kesihatan,keselamatan dan kebajikan penduduk,hidupan lain serta tumbuhan.

KESAN KEKURANGAN AIR PUTIH TERHADAP TUBUH BADAN

Tahukah anda kurang air, bahaya bagi darah dan sel-sel otak? Tahukah anda bahawa pengaruh air terhadap sistem kerja darah dan ginjal adalah sangat besar.

Jika kita mengambil air kurang dari 8 gelas sehari, kesan secara keseluruhan memang tidak terasa. Tapi sebagai penyelesaian, tubuh akan menyeimbangkan diri dengan mengambil sumber dari komponen tubuh sendiri, di antaranya dari darah.

Kekurangan air bagi darah amat berbahaya bagi tubuh. Sebabnya adalah darah akan menjadi kental dan pekat. Akibatnya, perjalanan darah sebagai alat pengangkutan oksigen dan zat-zat makanan pun akan terganggu.Darah yang kental tersebut juga akan melewati ginjal yang berfungsi sebagai penapis atau alat untuk menyaring racun dari darah. Buah pinggang mempunyai saringan yang sangat halus, sehingga jika terpaksa menapis darah yang kental maka buah pinggang perlu bekerja lebih tambahan keras.

Kemungkinan besar buah pinggang akan rosak dan juga berkemungkinan besar kelak akan mengalami "cuci darah" atau dalam bahasa medik biasa disebut hemodialisis.

Bagaimana pula dengan otak? Perjalanan darah yang kental tersebut juga akan terhambat ketika melewati otak. Padahal, sel-sel otak paling memerlukan zat-zat makanan dan oksigen yang dibawa oleh darah.

Sehingga fungsi sel-sel otak tidak mampu berjalan dengan optimum dan bahkan sel-sel otak akan cepat mati. Keadaan tersebut akan semakin timbulnya masalah strok. Kerana itu jangan sampai kekurangan air !!!

KETAHUI PENTINGNYA AIR YANG BERSIH DALAM KEHIDUPAN

Air merupakan zat yang paling penting dalam kehidupan selepas udara. Tiga per empat bahagian dari tubuh kita terdiri dari air dan tidak seorang pun mampu bertahan hidup lebih dari 4-5 hari tanpa minum air. Air banyak digunakan untuk memasak, mencuci, mandi dan membersihkan kotoran yang ada disekitar rumah. Air juga digunakan untuk keperluan industri, pertanian, pemadam kebakaran, tempat rekreasi dan banyak lagi. Penyakit-penyakit yang menyerang manusia juga disebarkan melalui air.

Badan manusia secara puratanya terdiri dari 70% air . Ia memainkan peranan penting di dalam kebanyakkan fungsi badan seperti mengangkut nutrien dan menyingkirkan sisa kimia daripada badan. Air penting untuk fungsi penghadaman, membuang sisa toksin dalam tubuh, penyerapan, peredaran dan perembesan serta memanfaatkan vitamin larut air. Air juga faktor utama pengekalan suhu badan normal.

Air perlu diganti secara berterusan kerana kita kehilangan 250ml air melalui pernafasan. Kita perlu meminum air sekurang-kurangnya 3L sehari bagi mengganti keperluan air yang hilang. Malangnya kita biasanya minum air sekadar untuk menghilangkan rasa haus semata bukan untuk mencukupkan keperluan air yang hilang hasilnya kita akan mengalami pelbagai masalah kesihatan yang ditandai dengan simptom seperti kehausan, nafas berbau, bibir merekah, kapanasan badan, sembelit, dehidrasi, pening, kurang daya tumpuan, keletihan dan meningkatkan risiko jangkitan buah pinggang.

Soalnya selamatkan air minuman kita?

Mengikut statistik yang dijalankan kira-kira 1.1 billion orang diseluruh dunia tidak mendapat air yang benar-benar bersih daripada bahan pencemar dan   selamat untuk diminum. Setiap tahun hampir 5 juta manusia mati akibat penyakit yang berpunca daripada pencemaran air.

Banyak faktor yang menyebabkan air tercemar antaranya termasuklah pencemaran daripada paip yang sudah berkarat. Paip besi yang bergalvani mempunyai jangka hayat perkhidmatan kira-kira 30-50 tahun. Kos penggantiannya amat mahal dan sangat merumitkan untuk dijalankan. Meskipun kerajaan kita telah berusaha untuk melakukan pelbagai cara bagi menangani pencemaran air namun paip air yang telah terhakis itu amat sukar untuk dielakkan. Cuba kita bayangkan paip air yang dah berpuluh tahun itu sudah tentu mempunyai kandungan karat yang amat tinggi!


Faktor pencemaran menyebabkan semakin banyak air di bumi ini hilang bentuk eksogennya. Bahan kimia seperti klorin, racun pertanian dan perindustrian, alkohol, gas beracun, bahan radioaktif dan bermacam lagi merupakan punca utama. Bila bilangan molekul air eksogen dalam badan semakin berkurangan air akan cenderung mengganggu tindak balas kimia dalam sel badan kita dan seterusnya mengakibatkan penyakit. Oleh itu kualiti air yang bersih amat penting kerana ia mempengaruhi tahap kesihatan kita. Maka sedarlah kita bahawa badan kita perlukan air yang bersih untuk terus kekal sihat!

HIDROLOGI DAN SUMBER AIR: ISU-ISU PENCEMARAN AIR DI MALAYSIA

Pencemaran air merupakan suatu fenomena yang sudah sebati dengan penduduk di bumi terutama sekali di Malaysia. Pencemaran boleh dikategorikan kepada dua bahagian aiitu pencemaran punca bertitik dan punca pencemaran tidak bertitik ( Moran et. Al, 1996). Seperti yang kita sedia maklum, kita memperolehi sumber air kebanyakkannya daripada sungai-sungai. Sungai merupakan elemen yang sangat penting dalam sejarah tamadun manusia. ( Mohd Zuhaimi, 2007). Sungai-sungai yang mengalirkan air ini adalah salah satu sumber air yang penting dan disalurkan ke setiap rumah, bangunan, kawasan-kawasan tertentu dan banyak lagi. Pencemaran air yang berlaku telah menyebabkan sesetengah kawasan mengalami masalah bekalan air. Penyumbang kepada berlakunya masalah air ini adalah manusia itu sendiri. (Abdullah, 2004)

Air boleh dikatakan telah tercemar apabila berlakunya penurunan ke atas kualiti air yang sedia ada dan berlaku perubahan dari sgi fizikal air iaitu warna pada air, dari segi biologi iaitu hidupan akuatik di dalam air/ sungai dan dari segi kimia iaitu kandungan nutrient atau plankton di dalamnya.  Menurut jabatan alam sekitar, sumber ini di katakana mengalami pencemaran apabila berlakunya sebarang perubahab secara langsung atau sebaliknya dalam kandungan air yang disebabkan oleh kegiatan manusia dan sumber ini tidak sesuai untuk kegunaan harian manusia. (Surtahman Dan Ghafar, 1997 ).

Menurut UNESCO pula mendefinisikan pencemaran air sebagai satu pelemahan ke atas fungsi air yang meninggalkan kesan negatif terhadap penggunaannya. ( Kementerian Kewangan Malaysia 1977, Dalam Laporan Penyelidikan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain Dan Hamidi Ismail, 2001). Pencemaran sumber air ini adalah disebabkan oleh kepelbagaian aktiviti manusia termausklah pelepasan dari industri-industri yang berasaskan pelbagai jenis pencemar termasuklah bahan organik, bahan kimia dan juga pencemar fizikal. (Shamsudin, 2005).

Isu yang sering dibahaskan dan diberikan perhatian yang berkaitan dengan sumber air ini adalah keadaan sungai yang ada di Malaysia kini. Sebagai contohnya disini, di Selangor sahaja, ada 26 batang sungai utama yang menjadi sumber air kepada penduduk di sekitar Lembah Klang dan didapati hanya lapan batang sungai sahaja yang dikategorikan sebagai bersih manakala tujuh lagi sungai yang lain diketegorikan sebagai sungai yang mati dan selebihnya pula sederhana tercemar. (Haliza, 2007)

Pada tahun 2007 pula, kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik mendapati bahawa sebanyak 16 batang sungai di dalam Malaysia ini dikategorikan sebagai tercemar dan ‘hampir mati’. Antara sungai yang didapati mengalami keadaan tersebut ialah sungai yang berada di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan juga Johor. (Utusan Malaysia, 4 Februari 2007).

Pada 8 Disember 2010, terdapat beberapa keratan akhbar tempatan yang telah melaporkan tetang keadaan air di Tasik Kenyir yang telah tercemar akibat bakteria E-coli. Ia dikatakan sebagai auatu tahap yang membimbangkan. Ini adalah kerana terpadatnya pembuangan sisa kumbahan dan air buangan oleh pengusaha bot di kawasan tasik itu. Sampel air di sekitar kawasan tasik itu telah di ambil dan di dapati tahap pencemaran E-coli adalah diantara 2 hingga 920 MPN/100ml.  Tahap kebersihan air ini membuktikan bahawa ianya jauh di bawah tahap maksimum kesesuaian sumber air mentah berdasarkan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5,000MPN/100ml. Kajian ini mendapati bahawa keadaan air di Tasik Kenyir ini masih berada pada tahap air mentah lagi. (Hj. Mohd. Ismail, 2010).

Di Sabah pula, menurut Laporan Tahunan Jabatan Alam Sekitar 2004 menunjukkan bahawa Sungai Likas adalah antara sungai yang sangat tercemar di Sabah. Terdapat juga dua sungai yang turut mengalami masalah pencemaran yang agak teruk iaitu Sungai Menggaris di Kota Kinabalu dan Sungai Pang Burong 1 dan 2 di Tawau.(Jabatan Penerangan Malaysia, 2006).

Pengurusan tapak pelupusan juga merupakan satu perkara yang penting yang perlu dititikberatkan di Malaysia.  Kawasan tapak pelupusan ini tidak diuruskan dengan efisien yang telah menyebabkan dan mendatangkan masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada sungai-sungai atau bekalan air. Kelemahan dalam sistem kutipan sisa buangan dan pengurusan di tapak pelupusan yang tidak sempurna telah meningkatkan tahap pencemaran air sungai yang berdekatan. (Tan Et. Al, 2002). Masalah dalam pengurusan tapak pelupusan yang tidak begitu cekap ini boleh mendatangkan masalah serius kerana disebabkan kehadiran air lelehan dari tapak pelupusan yang mengalir ke sungai berhampiran khususnya melalui aliran air bawah tanah dan ini secara langsung menyebabkan sungai tercemar.( Mohd. Nizzam, 2004).
Keadaan seperti ini secara tidak langsung telah menyebabkan hidupan akuatik di dalam sungai terdedah dengan aliran air yang tercmar selain daripada membawa pelbagai jenis penyakit berbahaya kepada penduduk yang menggunakan sumber air daripada sungai berkenaan. (Zaini,2010)

Sekarang ini, perkara yang paling membimbangkan adalah didapati kebanyakkan sungai yang terdapat di Selangor telah tercemar. Menurut Ketua Unit Permodelan Alam Sekitar, Pusat Penyelidikan Forensik Alam Sekitar (ENFORCE) Universiti Putra Malaysia, Dr Hafizan Juahir menyatakan bahwa bahagian air bersih sungai semakin pendek akibat daripada aktiviti guna tanah yang tinggi terutamanya di kawasan perumahan. ( Berita Harian, 2012)

        Selain daripada itu, pencemaran air juga sering dikaitkan dengan isu perundangan. Hal ini kerana, masih belum terdapat undang-undang yang mempu mengawal pencemaran air yang berlaku secara lebih jitu. Perundangan alam sekitar hanya dilihat sebgai alat undang-undang yang digunakan untuk mengawal alam sekitar daripada dicemari dan mengalami kemerosotan ataupun disebabkan oleh pencemaran smeula jadi. ( Jamaluddin, 2001). Walaupun di Malaysia terdapat undang-undang khas yang berkaitan dengan pencemaran air, tetapi ia masih belum menepati kehendak alam sekitar kita. Malahan, keadaan persekitaran ekologi dan habitat manusia secara keseluruhannya masih mengalami kemerosotan lebih-lebih lagi yang berkait rapat dengan sumber air seperti sungai. (Muhammad Rizal Razman,2010).  Terdapat pegawai penguatkuasa yang tidak mengetahui wujudnya peruntukan perundangan yang berkaitan dengan kawasaln pencemaran air ini. (Carolyn 2003).


PENCEMARAN AIR DI MALAYSIA


Punca utama pencemaran air di Malaysia adalah seperti pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang bahan pembuangan daripada badan manusia dan binatang ternakan seperti ayam, khinzir, lembu dan lain-lain ke dalam sungai. Sebagai contoh, Sungai Semenyih pernah dicemari dengan puluhan ladang khinzir pada tahun 1980-an.

Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran air sepanjang sungai di Malaysia. Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai. Pemandangan dari udara yang bertempat di Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang telah menunjukkan warna air yang berwarna hitam pekat apabila sampai ke laut.

Para petani yang bekerja di Tanah Tinggi Cameron telah mengamalkan penggunaan baja kimia dan racun serangga sehingga menjejaskan kualiti air minuman di Sungai Terla. Hotel dan rumah kongsi para pekerja tidak mempunyai sistem perparitan yang sempurna sehingga menyebabkan najis manusia tidak dapat dirawat dengan betul. Kes ini juga telah didedahkan kepada wartawan dan dipertontonkan di televisyen. Selepas itu, barulah Majlis Daerah Cameron Highlands mengambil peranan dengan turut sama mengambil tindakan bagi memperbetulkan keadaan.


Pengilang dari Taiwan telah dilaporkan mengeksport sisa kimia ke Malaysia dan ditanam di kawasan terpencil di Johor, Malaysia. Beberapa negara maju juga membuang sisa radioaktif dengan memasukkan sisa ini ke dalam tong-tong dram sebelum membuangnya ke dalam laut. Tindakan ini boleh merosakkan hidupan laut. Longgokan tayar buruk di dasar laut terutamanya di Laut China Selatan telah digunakan sebagai tempat ikan berlindung dan membiak di dasar laut. Sesetengah pulau tidak mempunyai sistem pelupusan sampah. Oleh itu, telah wujud istilah ‘pulau sampah’ secara terancang atau tidak terancang.