AIR DAN MANUSIA

Jika ditinjau dari segi sejarah, air telah lama digunakan untuk pembangunan. Ini terbukti dengan wujudnya tamadun-tamadun silam di sekitar sungai yang menjadikan tanah tersebut subur dan dibangunkan. Sebagai contoh, tamadun Mesir di sepanjang Sungai Nil, tamadun China purba di Sungai Kuning dan tidak kurang juga penempatan awal di Tanah Melayu adalah di tepi sungai dan dipersisiran pantai.

Air juga merupakan bahan mentah yang penting dalam kebanykan bidang industri dan perusahaan. Contohnya seperti dalam industri pemakanan dan industri pembangunan. Pengeksploitasian air sebagai sumber semula jadi yang mudah didapati ternyata boleh mendatangkan pulangan kepada negara dalam bidang ekonomi dan pembangunan. Pembinaan empangan-empangan juga membolehkan air untuk digunakan untuk menjana kuasa elektrik.

Di dalam sektor perindustrian, penggunaan air semakin kompleks. Dalam usaha menuju negara maju, keperluan air perlu sejajar dengan kepesatan industri moden. Begitu juga jika dilihat keperluan air di bidang pertanian. Secara amnya, tumbuh-tumbuhan memerlukan kuantiti air yang mencukupi. Contohnya sawah padi, memerlukan sistem pengairan yang sistematik. Kawasan ladang, kebun sayur, hutan-hutan dan lain-lain bergantung penuh kepada air untuk hidup subur.

Sektor pertanian merupakan salah satu sektor yang paling banyak bergantung kepada sumber air. Tanpa bekalan air yang cukup, sektor tersebut akan lumpuh dan boleh membawa kepada fenomena kebuluran seperti yang kita lihat terjadi di negara-negara yang bergantung kepada hasil pertanian yang ditimpa kemarau panjang.

Selain daripada itu, air juga penting dalam pembangunan rohaniah. Kita memerlukan air untuk bersuci bagi membolehkan kita beribadat kepada Allah s.w.t. Dalam keadaan bersih dan suci, kita akan menjadi lebih tenang dan khusyuk serta tawaduk untuk beribadat kepada-Nya. Di samping itu, penciptaan yang berkaitan dengan air seperti hujan, sungai, telaga, air terjun dan sebagainya merupakan dalil kebesaran Allah bagi orang-orang yang berfikir.

Oleh kerana air merupakan sumber semula jadi yang amat penting, adalah wajar bagi kita untuk menjaga dan mengelakkan sumber-sumber air daripada tercemar oleh sisa-sisa pembangunan, sedangkan air itu sendiri yang telah banyak membantu dalam pembangunan negara. Sambutan Hari Air Sedunia pada 22 Mac yang disambut setiap tahun bermula pada tahun 1993, telah menampakkan keprihatinan warga global dalam sama-sama menangani dan memata-matai penggunaan dan penjagaan sumber air. Adalah diharapkan agar usaha ini akan berterusan sehingga masa-masa akan datang. Jimatkan penggunaan air kerana air tidak ternilai harganya dan merupakan sebahagian daripada nyawa kita. Allah juga telah mengingatkan kita supaya jangan berlebih-lebihan atau membazir dalam menjalankan apa-apa aktiviti, sebagaimana firman Allah:

".dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan."

Surah al An'am : 141


AIR : RAHMAT YANG DIABAIKAN

Air merupakan anugerah Allah s.w.t. yang amat berharga di dalam kehidupan manusia, tanpanya semua hidupan akan mati. Menurut Kamus Dewan, air boleh didefinasikan sebagai cecair yang terbentuk daripada dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen. Secara geografinya, air yang digunakan oleh manusia berpunca daripada air hujan.

Air adalah anugerah Allah yang sangat bernilai kepada seluruh hidupan di mukabumi ini. Air adalah satu sumber keperluan asas yang sangat penting kepada manusia. Manusia mungkin masih boleh hidup dengan selesa selama beberapa hari tanpa elektrik, komputer, internet dan apa-apa sahaja tetapi tidak tanpa air. Krisis air di Lembah Kelang yang melanda negara pada tahun 1998 dan awal tahun 2002 yang lalu adalah bukti jelas bahawa betapa pentingnya air di dalam kehidupan kita. Krisis ini banyak membuka mata masyarakat dan kerajaan tentang kepentingan air.

Kepentingan air kepada kehidupan dan alam seluruhnya memang tidak dapat dinafikan. Sebagai sumber asli yang paling berharga, air diperlukan sebagai kegunaan asasi dan dapat dimanfaatkan bagi tujuan pelbagai aspek kehidupan. Tanpa air, kita mungkin tidak dapat menikmati dan meneruskan penghidupan ini dengan selamat, selesa dan sempurna.

Akrabnya manusia dan segala makhluk yang bernyawa di alam ini dengan air telah diterangkan oleh Allah dalam al Quran:

"Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup, maka mengapakah mereka tiada juga beriman"

Surah al Anbia' : 30

Sebagai sumber yang sangat bermanfaat, air dapat digunakan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti kehidupan. Bagi memenuhi keperluan harian, air digunakan sebagai minuman, mencuci, mandi dan keperluan-keperluan lain seperti membersihkan halaman, persekitaran dan menyuburkan tanaman-tanaman. Usaha memanfaatkan air seumpama ini sudah setentunya dapat meningkatkan taraf kehidupan yang sihat sejahtera dan dapat mengelakkan dari segala kekotoran, pencemaran dan penyakit.

Dalam melaksanakan projek-projek pembangunan, air sangat diperlukan di sektor-sektor pertanian, perikanan, perkilangan dan industri-industri lain. Air juga dapat dijadikan sumber ekonomi seperti menjadikannya sebagai minuman yang dibotolkan atau ditinkan, tambahan kepada jus buah-buahan, pencair, pewarna atau sebagai bahan untuk dibuat kajian saintifik. Malah air juga berguna bagi bahan-bahan konkrit untuk membina rumah dan bangunan.

Dari pelbagai sumber air yang ada di muka bumi ini, air sungai dan laut dapat menjadi penyumbang rezeki dan makanan laut yang banyak dan beraneka. Sebagai sumber asli yang meliputi persekitaran, air juga digunakan bagi pengaliran di saluran pembentung-pembentung dan parit-parit serta kawasan tertentu untuk mengelak banjir. Di empangan-empangan air, air juga terus dipelihara dari segi kebersihan, kesihatan dan keselamatannya untuk dapat digunakan. Sebagai air bersih yang terjamin, air digunakan dalam pelbagai cara seperti sebagai pencuci dan membersihkan produk-produk dan hasil-hasil perindustrian dan perusahaan.


Sebagai sumber yang dapat menambah keindahan tempat-tempat rekreasi dan tarikan pelancong, air memainkan peranan penting bagi sesebuah tasik, air terjun atau pantai. Memajukan tempat-tempat seumpama ini bukan saja dapat mengekalkan keindahan alam sekitar yang ada, malah dapat dinikmati bagi memenuhi keperluan dan pembangunan sosio-ekonomi.

AIR DAN ILMU PENGETAHUAN

Di antara ilmu pengetahuan yang berkait langsung dengan air ialah hidrologi. Hidrologi ialah kajian ke atas hidrosfera dan proses-proses pergerakan bentuk-bentuk air di dalam sistem bumi-atmosfera. Secara ringkas, kebanyakan ahli-ahli hidrologi berpendapat bahawa teras hidrologi ialah kajian terhadap 'kitaran hidrologi', iaitu pusingan air (dalam berbagai bentuk - cecair [air], wap [wap air] dan pepejal[ais]). Ahli-ahli hidrologi sentiasa berminat terhadap air sebagai satu sumber yang teragung yang diperlukan oleh semua makluk hidup. Dengan kepentigan air untuk fungsi-fungsi biologi yang tidak dapat dinafikan, ilmu hidrologi juga tertumpu kepada peranan air di dalam sistem bumi-atmosfera. Air mempunyai banyak kepentingan dan fungsi. Air adalah diperlukan untuk: (i) Air Untuk Manusia (ii) Air Untuk Hidupan Lain (iii) Air Untuk Menghasilkan Makanan (iv) Air Untuk Alam Sekitar.


Selain itu, kajian hidrologi adalah tertumpu kepada Air Untuk Alam Sekitar di mana air diperlukan untuk: sfera bumi, hidupan akuatik, hidupan terrestrial/daratan, pemindahan tenaga, penghasilan hujan (air tawar), pemuliharaan/perlindungan hutan, pengawalan aras laut, pembalikan bahangan suria, pengawalan bencana alam, penyerapan dan penyimpanan tenaga haba, pengawalan suhu, air bawah tanah, pengurangan bahan-bahan pencemaran, dan mengekalkan bumi sebagai 'dunia air'.

MASALAH PENCEMARAN AIR DI MALAYSIA DAN LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN AIR

Media massa dan media elektronik memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sungai Kempen kesedaran perlu diadakan melalui televisyen, akhbar dan sebagainya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan air dalam kehidupan seharian. Dengan penganjuran kempen-kempen ini diharap dapat memupuk sikap cintakanalam sekitar. 

Selain itu, pihak kerajaan juga bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang. Manakala, Undang-undang sedia ada perlu diperketatkan lagi supaya pesalah mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Contonya, pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali. 

Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan sekitar satu atau dua kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.

Pencemaran air perlu diambil serius oleh setiap insan kerana ia mengakibatkan kemudaratan kesihatan kepada keluarga di Malaysia.Sebagai langkah proactive setiap rumah perlu dibekalkan dengan penapis air yang sesuai dengan cara gaya kehidupan setiap keluarga.

Jangan mengambil resiko dengan keracunan air yang mungkin dihadapi oleh keluarga di Malaysia kerana ingin berjimat RM1-RM3 sehari.


Kesimpulannya, sebagai makhluk Allah yang dikurniakan akal fikiran, kita tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri sebaliknya kita perlu menyokong segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak kerajaan mahupun swasta bagi memastikan harapan dan impian negara dapat di capai.

MASALAH PENCEMARAN AIR DI MALAYSIA DAN KESAN PADA JANGKA PENDEK DAN PANJANG

Masalah pencemaran air di Malaysia dan kesan pada jangka pendek dan panjang.

Pencemaran air akan memberi kesan kepada kesihatan menusia. Air yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi kepada jantung, manakala merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan masalah saraf. 

Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan air mandian seperti disentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis. Tumpahan minyak yang berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam organisma laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. 

Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah mengakibat pencamaran air yang merupakan habitat hidupan laut. Hal ini akan mendorong kepada kepupusan hidupan laut. Pencemaran air juga memberi kesan kepada tanah basah. Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. 

Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, rumpai air akan tumbuh dengan banyak.. Dengan peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.

PENCEMARAN AIR DI MALAYSIA SEMAKIN SERIUS!


Rakyat Malaysia digesa memikirkan kepentingan untuk memulihara sungai-sungai di negara ini. - Foto arkib TRP/ Syahirah Roslan
KUALA LUMPUR, 24 September 2015 :
Menjelang sambutan Hari Sungai Sedunia, Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia menyeru rakyat negara ini memberi perhatian terhadap isu pencemaran air yang kian meruncing.

Ketua Pegawai Eksekutif WWF Malaysia, Datuk Dr Dionysius Sharma berkata, isu itu telah menjadi masalah serius di Malaysia yang membawa kesan negatif terhadap kelestarian sumber air negara.

Di Klang dan Kuala Langat khususnya, kualiti air di perairan terbabit semakin merosot, disebabkan pembuangan sisa domestik ke dalam sungai, terutamanya dari kawasan perumahan dan perindustrian, juga pelepasan sisa pembangunan tanah dan pertanian.

Pertumbuhan ekonomi yang pesat dan pertambahan populasi menyebabkan permintaan untuk bekalan air bertambah yang seterusnya menyumbang kepada peningkatan pelepasan air sisa.

“Air sisa dari kawasan perumahan, komersial dan perindustrian menyebabkan bau busuk, khasnya dengan kehadiran sampah yang menjejaskan kualiti air hujan dan mencemarkan ekologi sungai,” kata Sharma dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jelasnya, sungai tercemar turut mendatangkan kesan negatif ke atas tumbuh-tumbuhan serta organisma dan secara tidak langsung menjejaskan ekonomi negara, kerana kos merawat air tercemar adalah tinggi.

Menurut laporan kualiti alam sekitar yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar, tahap pencemaran untuk 5.3 peratus daripada 473 sungai adalah 36.6 peratus, pada 2013.

“Walaupun peratusan sungai tercemar berkurangan sebanyak 1.7 peratus berbanding 2012, peratusan sungai yang sedikit tercemar meningkat sebanyak 2.6 peratus.

“Masalah pencemaran air kini semakin serius, dengan laporan menunjukkan trend menurun,” tegasnya.
Sempena sambutan Hari Sungai Sedunia pada Ahad ini, rakyat Malaysia digesa memikirkan kepentingan untuk memulihara sungai-sungai di negara ini.




MASALAH PENCEMARAN AIR DI MALAYSIA DILIHAT DARIPADA PUNCANYA

Masalah pencemaran air di Malaysia ialah dari pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Pembuangan bahan buangan seperti sampah, minyak, dan najis secara tidak terkawal akan menyebabkan sifat air berubah dan seterusnya membawa kepada pencemaran. Sebagai contoh, Sungai Semenyih antara sungai yang tercemar disebabkan oleh najis babi sekitar tahun 1980-an. Sungai yang tercemar ini akan mengalir ke laut dan seterusnya membawa kepada pencemaran laut.


Masalah pencemaran air di Malaysia juga dikaitkan dengan sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut juga mendorong kepada pencemaran air. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Kajian menunjukkan terdapat beberapa buah negara maju memasukkan sisa radioaktif ke dalam tong dram sebelum membuangnya kedalam laut. Masalah pencemaran air di Malaysia juga disebabkan tumpahan minyak yang berlaku disebabkan oleh pelanggaran kapal turut mendorong kepada pencemaran air. Minyak yang mengalir ke laut akibat kebocoran tangki minyak akan menutupi lapisan air dan menyebabkan belakunya pencemaran laut. Sebagai contoh, pelanggaran kapal MV Waily dengan kapal tangki MT Bunga 3 yang membawa 61 858 tan metrik minyak mentah telah menyebabkan berlakunya pertumpahan minyak berhampiran Tanjung Ayam.

MASALAH PENCEMARAN AIR DI MALAYSIA

By: Kasmuri Hassan 18 Mac 2014
Masalah pencemaran air di Malaysia satu fenomena yang mengangu kehidupan manusia dan tidak menyokong kepada sistem kehidupan global. Masalah pencemaran air di Malaysia membantutkan aktiviti harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkuatan dan sebagainya. Namun, air semakin hari semakian tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.

BAHAYA AIR TERCEMAR MENGUNDANG MAUT KEPADA MANUSIA

Pernahkah anda mendengar pepatah mengatakan “Air adalah Nadi Kehidupan”. Ya, tepat sekali. Sekiranya kita menyingkap sejarah peradaban manusia, kebanyakan penempatan mereka berada di tepi sungai dan pantai di mana mudah untuk mereka mendapatkan bekalan air. Manusia memerlukan air untuk meneruskan kehidupan dan menjalankan aktiviti harian. Air digunakan untuk minum, mencuci,memasak, membersihkan diri, dan sebagainya. Namun begitu, adakah air yang digunakan kini selamat, benar-benar bersih dan selamat?

Tahukah Anda Air Sungai dan Bekalan Air ke Rumah Semakin Tercemar di Malaysia? Sedar atau tidak, bekalan dan sumber air di sekeliling kita sudah banyak yang tercemar. Hal ini sekaligus menjejaskan kualiti air yang disalurkan terus ke rumah kita. Bahan-bahan cemar ini tidak dapat dilihat atau dirasa, tetapi mampu mendatangkan pelbagai risiko kesihatan yang serius seperti kanser  untuk jangka masa panjang. Antara bahan tercemar yang mungkin berada di dalam air paip rumah kita adalah baja, sisa pembuangan industry, pembuangan sampah, bangkai, bahan kimia,bahan organic seperti benzena dan clorin, racun serangga dan sebagainya. Selain itu terdapat juga logam berat seperti arsenic, plumbum dan merkuri, bahan radioaktif malahan najis dan mayat antara pencemaran yang mengiringi air di dalam paip. Ia belum lagi ditambah dengan pencemaran dari kotoran seperti karat, pasir, lumpur, lumut, lendir dan unsur lain yang ada pada rangkaian paip yang membawa ke rumah kita.

Persoalannya… SANGGUPKAH KITA menggunakan air yang telah dicemari dengan pelbagai sisa bahan buangan untuk memasak bagi keluarga anda dan juga memberi air untuk diminum seisi keluarga anda ?

TAHUKAH ANDA, walaupun air telah dirawat dengan Klorin di loji air, banyak lagi unsur-unsur cemar yang terdapat di dalam air paip yang masih tertinggal dan boleh memudaratkan kesihatan ? Kita semua maklum bahawa klorin adalah bahan utama yang digunakan untuk merawat air tercemar. Namun begitu, klorin juga merupakan punca berlakunya kanser dalam jangka masa panjang. Mari kita lihat kesan unsur-unsur yang ada di dalam air ke atas tubuh kita.


Oleh itu,percayakah bila saya katakan bahawa KITA DAN KELUARGA KINI DALAM BAHAYA kerana kesan pencemaran alam sekitar ini juga mengakibatkan hampir semua makanan dan minuman di rumah kita turut tercemar.