KEPENTINGAN AIR DALAM KEHIDUPAN (RINGKASAN)



          Air merupakan sumber yang penting dalam kehidupan yang bernyawa. oleh di sebabkan itu, kita sebagai manusia seharusnya memelihara sumber utama kita untuk mengelakkan ianya dari tercemar dan menjejaskan kualitinya.  
          Air merupakan sumber minuman kepada manusia untuk meneruskan hidup. apabila tubuh badan kekurangan air ianya mengakibatkan badan menjadi letih dan lesu kesan dari dehidrasi.


  • Kegunaan air dalam kehidupan manusia juga adalah membersihkan makanan seperti membersihkan sayur-sayuran  dan buah buahan.  
  • haiwan dan tumbuhan memerlukan air untuk mereka meneruskan kehidupan dan tanpa air mereka akan mati dan layu.
  • digunakan untuk menyiram tanaman. contohnya mengunakan air untuk menjirus pokok bunga di halaman rumah.
  • selain itu, air di gunakan dalam industri untuk mencuci bahan mentah untuk menghasilkan produk industri.
  • di samping itu, air di gunakan dalam industri petanian untuk proses penyiraman tanaman agak ianya subur.





KESAN KURANG MINUM AIR


Apa yang berlaku sekiranya kita kekurangan air?
1) Tubuh selalu kepenatan
2) Sakit kepala yang kerap atau migrain
3) Sembelit
4) Ketegangan otot
5) Tekanan darah yang tidak seimbang
6) Masalah buah pinggang
7) Kulit kering
8) Risiko Kematian

KEPERLUAN AIR UNTUK TUBUH BADAN


Kenapa air penting untuk manusia?
1. Tubuh akan hilang 1.7 liter air sehari melalui proses pernafasan dan kumbuhan. Bayangkan jika anda cuma minum seliter atau kurang dalam sehari!
2. Otak manusia mengandungi 90% air
3. Darah manusia mengandungi 83% air
4. Otot manusia mengandungi75% air
5. Tulang manusia mengandungi 22% air
6. Air menstabilkan suhu badan
7. Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel
8. Air melembabkan udara dalam paru-paru
9. Air meningkatkan kadar metabolisma!
10. Air melindungi organ-organ
11. Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik

12. Air melindungi dan melembabkan rawan

PENCEMARAN AIR


Pencemaran air ialah perubahan yang berlaku kepada air dari segi kandungan atau warna serta sifat-sifat kimia yang disebabkan oleh pelbagai bahan pencemar dalam pelbagai bentuk seperti pepejal, cecair dan gas.

CIRI-CIRI AIR


Formula kimia bagi air adalah H2O, yang membawa maksud setiap molekul air mengandungi dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Hubungan terjadi antara elektron-elektron yang membentuk bagian luar atom dan merupakan mata rantai kuat yang dinamakan ikatan kovalen.

Molekul air boleh diuraikan kepada unsur asas dengan mengalirkan arus elektrik melaluinya. Proses ini yang dikenali sebagai elektrolisis menguraikan dua atom hidrogen menerima elektron dan membentuk gas H2 pada katod sementara empat ion OH- bergabung dan membentuk gas O2 (oksigen) pada anod. Gas-gas ini membentuk buih dan boleh dikumpulkan.

Air juga merupakan bahan pelarut semesta. Ini disebabkan molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen bergabung dengan satu atom oksigen pada sudut 104.45 darjah antara keduanya. Struktur ini menjadikan molekul air mempunyai caj positif di sebelah atom hidrogen dan negatif di sebelah atom oksigen. Oleh yang demikian, molekul air adalah dwikutub.

Ciri suhu. ketumpatan yang unik membenarkan pembentukan persekitaran berstratum yang akhirnya mengawal ciri-ciri kimia dan biologi persekitaran akuatik. Lapisan yang terbentuk hasil daripada tegangan permukaan yang tinggi membolehkan sesetengah organisma menggunakannya sebagai permukaan untuk hidup.

Keupayaan air untuk melarut bahan-bahan lain membolehkan tumbuh-tumbuhan akuatik mendapat nutrien yang diperlukan untuk proses fisiologi daripada air di sekelilingnya. Tumbuh-tumbuhan akuatik seperti alga hijau tidak memerlukan struktur khusus untuk menyerap nutrien atau sistem pengangkutan yang kompleks seperti yang ditunjukkan oleh tumbuhan daratan untuk mengangkut bahan-bahan ini ke tisu yang memerlukannya.

Air dan mineral boleh memasukinya melalui sebarang bahagian jasad tumbuhan ini dengan cara resapan sahaja. Bahan-bahan ini akan meresap masuk melalui selaput sel yang terdedah kepada persekitaran luar. Bekalan oksigen yang diperlukan oleh haiwan dan organisma lain juga mampu dibekalkan disebabkan oleh keupayaan melarut ini.

PENGERTIAN AIR



Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.

Air juga mampu wujud dalam 3 bentuk :-
Ais (pepejal) <=> Air (cecair) <=> Wap (gas)


Di muka bumi ini, air merupakan bahan yang paling kerap ditemui terutama dalam bentuk cecair. Walau bagaimanapun, terdapat juga kuantiti air yang besar yang wujud dalam bentuk gas (wap) di atmosfera dan dalam bentuk pepejal (ais dan salji).